Kualiti Photobook

Salutan UV

Photobook-unforgettable

UV Coating (Salutan UV) merujuk kepada permukaan kertas photobook yang disalut lapisan UV. Ini membolehkan kertas photobook dilindungi dari kesan berbahaya seperti haba, kelembapan dan lelasan. Sebab itu kami menggunakan lapisan UV pada photobook anda. Ia menjamin dari kerosakan seperti calar atau pun kesan tumpahan kopi.

Salutan UV biasanya digunakan untuk produk percetakan yang khusus seperti kad poskad, kad serahan, folder pembentangan, kad perniagaan, menu makanan restoran atau mana-mana produk lain yang mendapat manfaat daripada nilai kemasan gloss tinggi yang luar biasa! Warna-warnanya pasti memberikan faktor WOW pada produk tersebut.

Sebab itu kami menggunakan lapisan UV pada semua photobook anda! Dengan Schmid Rhyner, industry terkemuka yang maju dari segi teknologi salutan WESSCO UV, photobook anda akan mempunyai:

- Hasil yang mewah dari segi rupa dan rasa: Apabila lapisan UV diadunkan ke warna gelap dan terang, hasilnya akan berbeza dari warna-warna biasa. Ini menjadikan memori anda bagaikan hidup semula.

- Penghalang dari calar: Photobook boleh dijadikan sebagai hadiah melalui pos ataupun sebagai simpanan peribadi. Photobook anda akan lebih terjaga dengan nilai visual dan ketahanan yang tinggi. Dengan nilai rintangan yang tinggi, photobook bersalut UV akan mampu menahan smudging, scuffing dan tanda-tanda rosak, memastikan penampilan photobook kekal di tahap kualiti yang tinggi.

- Mesra alam: Salutan UV mungkin kedengaran seperti sangat bertoksik dan tidak mesra alam sekitar; Walau bagaimanapun, Schmid Rhyner hanya menghasilkan lapisan UV yang mesra alam sekitar untuk memastikan ia tidak mengeluarkan sebatian organik yang meruap apabila ia digunakan pada photobook anda. Ianya dijamin selamat dan mesra alam!

x
Thank You for Downloading Our Software